Sabtu, 23 Januari 2016

Nilai Hidup

Meneliti hidup seharian, bermula terbit sang mentari hinggalah hilang cahayanya dari pandangan mata,terfikir adakah masa kurniaan Allh ini digunakan sebaikya atau tidak, ke jalan yang menjajikan ridla Allahatau murkaNya. Selain memikirkan apa yang patut dilakukan untuk hari ini, pikiran ini juga diakses dengan berbagi persoalan dan andaian apabila mengenangkan kehidupan akan datang. Keluarga, rumah tangga, karir, dan perjuangan. Semuanya memerlukan komitmen yang bukan sedikit.
Sering terfikir apakah hidup ini semakin hari lebih mendekatkan diri dengan Allah khususnya dan memberi arti untuk Islam umumnya atau sebaliknya.
Apapun, tak kisahlah mungkin ini sudah takdir Ilahi dan berdoa agar apa saja yang dilakukan dinilai sebagai ibadah oleh Allah swt. Walau apa jua lapangan hidup dan dimana berada, ada tiga perkara penting agar hidup tidak sia-sia. Semuanya ada hubungkait dengan Allah. Dari mana datangnya kita? Apakah tujuan kita diciptakan? Kemana kita akan kembali?ini semua untuk memastikan agar hidup ada manfaat kepada diri juga orang lain.

Setelah diperincikan lagi, ada empat perkara penting yang menjadi saluran berfikir yang diajar oleh Islam semasa hayat kita di dunia ini. Antara perkara tersebut adalah :
1.      Perkara taat
2.      Perkara maksiat
3.      Sifat-sifat yang memusnahkan diri
4.      Sifat-sifat yang menyelamatkan diri

Walau banyak mana dan apa perkar sekalipun yang difikir dan lakukan, hakikatnya tak lari dari empat perkara diatas. Baik sebagai pemimpin, ibu bapak, guru, pelajar, penjaga, dan sebagainya. Hidup tak taat atau maksiat.Dalam masalah taat dan maksiat, bagaimana cara untuk menentukan adakah hidup pada hari tersebutdalam taat atau maksiat pada Allah? Islam telah mengajar umatnya agar melakukan muhasabah terhadap anggota tujuh. Sebab itulah Nabi s.a.w menggalakkan umatnya agar bertafakur sejenak selepas shalat subuh.


Tangan, kaki, mata, telinga, hidung, mulut, perut pastikan semuanya kearah taat kepada Allah. Karena anggota tujuh iniyang akan turut menentukan tempat di syurga atau neraka! Seterusnya mengenai pasti apakah sifat-sifat yang memusnahkan diri dan yang menyelamatkan diri dari adzab Allah swt. Demikian kepentingan berfikir dalam Islam. Antara berfikir dan berkhayal ada bedanya. Berfikir ialah menggerakkan akal dengan adanya kaedah dan tujuan. Adanya mati selepas hidupdan hidup semula sesudah mati merupakan kaedah yang telah dijelaskan dalam Al-Qur’an. Manakala berkhayal lebih kepada membuang masa dan sia-sia. Fikir, renung dan muhasabah agar hidup selamat di dunia maupun akhirat. 

Tidak ada komentar:

Posting Komentar